Tayang otot, RM buat peminat histeria

BARU-BARU ini, anggota kumpulan BTS iaitu RM berkongsi rutin senamannya.

Di sebalik semangat ditonjolkan, peminat bagaimanapun lebih tertarik dengan badannya yang berotot.

Melihat foto vokalis kumpulan BTS itu tanpa baju sehingga menampakkan badannya yang sasa, ramai peminat bagaikan terkena histeri.

“Boleh saya dapatkan kemas kini seperti ini setiap hari? Saya tidak percaya melihat RM tanpa baju,” kata seorang peminat tegar.

“Tolong jangan buat saya begini jika tidak mengahwini saya. Saya sangat suka badan RM,” ujar peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok