Lepas buka tudung, Masya Masyitah nekad noktahkan karier seni 

Kalau nak marah, lakukan pada saya. Siapa kata ayah saya tanggung? Sendiri buat, sendiri tanggunglah. Kenapa orang lain pula menanggung (dosa) pula?”

Demikian luahan penyanyi Masya Masyitah dalam siaran langsung TikTok baru-baru ini sekali gus menegaskan keputusan membuka tudung adalah atas kerelaannya sendiri.

Masya atau nama penuhnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 24, menjelaskan keputusan tersebut juga tidak dipengaruhi oleh mana-mana individu termasuk bapanya sendiri.

Dia yang popular menerusi lagu Halimunan turut menegaskan mahu hidup bebas dan enggan terbabit lagi dalam dunia hiburan.

Masya juga tidak kisah sekiranya populariti yang diraihnya sepanjang bergelar selebriti terkubur kerana lebih selesa dengan kehidupan sebagai orang biasa.

Saya nak hidup bebas dan tak mahu lagi menjadi artis. Tak mahu lagi hidup dalam dunia glamor. Orang kata saya sendu, ya, saya mahu jadi begitu.

“Sekarang nak jadi orang biasa sahaja dan berehat,” jelasnya ringkas.

Terdahulu, pada 30 Julai lalu Masya mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik beberapa foto tidak lagi memakai hijab dalam Instagram miliknya.

Tindakannya mengundang kecaman netizen sehingga ada yang sepakat untuk ‘unfollow’ Masya dalam media sosial.

Sebelum insiden tudung terbang, dia juga kerap menjadi mangsa kecaman kerana menggayakan beberapa busana yang tidak bersesuaian dengan imej wanita berhijab. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok