Lee Min-ho makin berisi

BARU-BARU ini, pelakon popular Lee Min-ho mengejutkan ramai dengan perubahan fizikalnya yang semakin berisi.

Perkara tersebut hangat diperkatakan selepas Min-ho muncul dalam sebuah acara dengan menggayakan sut berona putih.

Rata-rata peminat terkejut dengan penampilan pelakon drama The Heirs itu kerana pertama kali melihatnya dengan fizikal sebegitu.

Ini kali pertama saya melihat Lee Min-ho berisi kerana sebelum ini dia sangat menjaga dirinya dengan sangat teliti,” komen seorang peminat tegar.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok