Ketika itu saya kurang ilmu tentang Rohingya… – Sweet Qismina

TULAR rakaman lama menemu bual beberapa individu daripada komuniti Rohingya, pelakon Sweet Qismina mengakui penggambaran tersebut berlaku kira-kira 10 tahun lalu.

Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi, 28, menjelaskan rancangan tersebut memfokuskan kisah kebajikan dan usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendekati masyarakat.

“Saya jalani penggambaran 10 tahun lepas rasanya. Nama rancangan Orang Baik-Baik.

Apa sahaja kisah kebajikan dan usaha murni individu atau sekumpulan sukarelawan yang berbeza.

“Kami ikut apa yang mereka sediakan. Sangat terinspirasi,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, pelakon filem Babah itu mengakui kurang pengetahuan mengenai masyarakat Rohingnya memandangkan fokusnya hanya untuk melihat sisi kebaikan mereka.

“Tapi dalam episod ini, fokus saya adalah hanya untuk melihat sisi baik mereka, siap buat kelas kraf tangan dan jual bagi meraih duit.

Saya perlu akui ketika itu saya kurang ilmu tentang isu Rohingya. ‘Ban’ episod ini, tengok episod lain yang ada NGO Malaysia okey,” katanya lagi.

Sebelum ini, seorang pengguna Threads memuat naik klip video rancangan Orang Baik-Baik yang disiarkan di TV2.

Dalam episod tersebut, Sweet bertindak sebagai pengacara dilihat sedang berinteraksi dan mengendalikan sesi temu bual bersama beberapa wanita Rohingya yang menghasilkan kraf tangan perhiasan wanita.- HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok