Ketika alam bergerak, kita perlu saling peduli – Cinta Laura

BERKONGSI duka, pelakon Cinta Laura Kiehl menyeru rakyat Indonesia agar terus mengambil berat antara satu sama lain susulan bencana letusan gunung berapi yang melanda beberapa wilayah negara itu.

Cinta Laura, 33, turut mengingatkan orang ramai supaya saling membantu dalam menghadapi situasi serba mencabar ini.

Semoga semua tetap aman. Kerana ketika alam bergerak, yang dapat kita lakukan adalah saling menjaga, saling membantu dan tetap peduli satu sama lain,” tulisnya dalam InstaStory.

Pelakon itu turut menyertakan tanda pagar #prayforkrakatau, sekali gus menunjukkan keprihatinannya terhadap masyarakat yang terjejas.

Dekat dengan kerja kebajikan termasuk di Aceh, Cinta juga antara artis Indonesia yang aktif berkongsi maklumat atau berita semasa.

Terdahulu, impak letusan empat gunung berapi di Indonesia yang mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk di wilayah bencana turut meraih perhatian global.

Hamburan abu volkanik Gunung Anak Krakatau ke ruang udara juga menyebabkan lebih 170,000 penumpang terkandas selepas pihak berkuasa Indonesia menggantung operasi di lapan lapangan terbang.

Tiga gunung berapi lain yang dilaporkan mengalami erupsi serentak adalah Gunung Semeru di Jawa Timur, Gunung Ili Lewotolok di Nusa Tenggara Timur (NTT) serta Gunung Ibu di Maluku Utara.

Situasi membimbangkan itu kini menjadi topik hangat dalam media sosial bahkan rakyat Indonesia di wilayah lain turut menyuntik kata-kata semangat buat penduduk di kawasan bencana.

Menerusi laporan, Indonesia menutup sementara lapan lapangan terbang negara itu disebabkan abu gunung berapi dari Anak Krakatau mengakibatkan perjalanan udara tergendala, sekali gus menjejaskan penumpang dalam dan luar negara membabitkan 467 penerbangan.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) melaporkan sejurus selepas 5 petang waktu tempatan semalam, abu bergerak ke arah timur ke arah barat menuju Lautan Hindi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok