Lee Byung-hun bakal timang anak kedua

BINTANG Squid Game, Lee Byung-hun dan isteri yang juga aktres iaitu Lee Min-jung bakal menimang cahaya mata kedua.

Pihak pengurusan isterinya, MSteam Entertainment mengesahkan perkhabaran gembira itu menerusi sebuah kenyataan media.

“Memang benar Lee Min-jung kini hamil anak kedua. Memang hasratnya dan Byung-hyun untuk mempunyai dua cahaya mata.

“Mereka sangat gembira dan tidak sabar menunggu kelahiran anak kedua,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok