Han so-hee tegur peminat

PELAKON, Han So-hee menasihati peminat agar tidak terpengaruh dengan cara artis kegemaran mereka melakukan diet ketat bagi mendapatkan bentuk badan ideal.

Han So-hee berkata, selebriti berbuat demikian kerana terikat dengan kontrak atau kehendak watak.

Pelakon drama Abyss itu kini sedang menjalani diet dan tidak mengambil sebarang snek bagi mengekalkan berat badan sebelum beraksi di set penggambaran nanti.

Akres berusia 29 tahun itu bagaimanapun menegaskan badan kurus bukan ukuran kecantikan sebaliknya kesihatan perlu diutamakan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok