1.4K
KUMPULAN wanita terkenal, Dolla sekali lagi mendunia apabila single baharunya, Damelo yang menjadi kegilaan ramai ketika ini.
Dilancarkan pada 4 Ogos lalu, muzik video Damelo kini sudah mencapai lebih 1.4 juta tontonan dalam YouTube.
Kegilaan Damelo tidak hanya terhenti di situ, tariannya turut trending dan menjadi ikutan ramai.
Majoriti memuji Damelo yang dilabelkan sama hebat seperti lagu penyanyi antarabangsa lain.
“Gempak sangat tarian Dolla kali ini. Damelo mantap!
“Biarlah apa orang nak kecam, Dolla tak pernah mengecewakan,” komen netizen.