444
GARA-GARA adik menjadi mangsa buli di sekolah, pelakon Kim Ji-suk tampil sebagai penyelamat.
Kejadian tersebut berlaku semasa Ji-suk berusia dalam lingkungan 20-an iaitu semasa awal penglibatan dalam industri hiburan.
“Kebetulan ketika itu saya baru mula berlakon dan sedang menghayati watak Jung Woo-sung dalam filem Beat.
“Saya memanggil pembuli dengan memukul pagar menggunakan topi keledar dan dia keluar terketar-ketar.
“Saya memberi amaran supaya jangan ganggu adik saya lagi. Sebagai abang, saya puas dapat pertahankan adik sendiri,” katanya.
Meskipun tidak lagi dibuli, adik Ji-suk sering menyendiri kerana rata-rata pelajar lain takut untuk berkawan dengannya.