SEMANGAT serumpun, penyanyi Indonesia Cakra Khan turut tidak terlepas menzahirkn ucapan Hari Kemerdekaan ke-69 untuk Malaysia hari ini.
Menurut Cakra, 34, dia menghargai setiap kasih sayang dan sokongan yang diterima sepanjang tempoh kerjaya seninya daripada peminat di sini
“Selamat hari jadi untuk Malaysia dan teman-teman di sana.
“Terima kasih untuk semua rasa cinta dan kebaikan selama ini!” katanya dalam satu hantaran Threads.
Dalam hantaran sama, dia turut mengundang perhatian apabila memohon maaf atas jerebu yang melanda Malaysia ketika ini yang didakwa berpunca dari negara kelahirannya.
“Minta maaf untuk jerebu!
“Semoga semuanya akan dapat diatasi segera,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut meraih perhatian dan respons daripada netizen Malaysia yang rata-ratanya mengucapkan terima kasih kerana peka dengan isu semasa seperti jerebu.
“Terima kasih kekasih bayangan dari Indonesia!
“Salam serumpun Cakra, semoga semua jerebu ini hilang segera.
“Maaf diterima tetapi belanja stau lagu untuk rakyat Malaysia,” seloroh netizen.
Ketika ini, beberapa negeri terutama di Sabah dan Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya serta sangat tidak sihat susulan jerebu yang semakin memburuk.
Jabatan Alam Sekitar dalam stau kenyataan memberitahu perkara tersebut dipengaruhi oleh pergerakan asap jerebu dari pelbagai arah termasuk kebakaran yang berlaku Kalimantan, Indonesia ketika ini. – HIBGLAM.
