“JOMLAH ‘unfollow’ dia ramai ramai. Semua sudah terbang.”
Demikian reaksi peminat yang kecewa dengan penampilan baharu penyanyi Masya Masyitah membuka tudung selepas beberapa kali dihimpit kontroversi menggayakan pakaian seksi.
Perkara tersebut dilihat menerusi hantaran terbaharu dalam Instagram menggayakan busana dan rambut yang berwarna merah jambu.
Dia turut menukar paparan gambar Instagram tanpa hijab selepas membuat penampilan baharu.
Penampilan baharu tanpa hijab Masya atau nama lengkapnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff mengejutkan ramai yang tidak boleh diterima sehingga rata-rata membuat keputusan ingin tidak lagi mengikutinya dalam Instagram.
Namun ada juga yang tidak pelik dengan penampilan terbaharu tersebut kerana sebelum ini dia sering menggayakan fesyen pelik sehingga dikecam ramai.
“Tidak boleh salahkan dia sangat kerana ramai juga yang komen kepadanya untuk buka tudung,” kata seorang pengguna Instagram.
“Patutlah dia tunjuk aurat sedikit demi sedikit. Jaga-jaga adik, dunia ini pinjaman Allah semata-mata,” nasihat peminat.
“Saya sudah agak mesti perlahan-lahan dia akan ‘free hair’ (tidak bertudung),” tutur pengikut.
Sebelum ini, menerusi laporan Kosmo! Online Masya enggan memeningkan kepala dengan kritikan tidak berfaedah sedangkan dia sendiri yang mengetahui apa yang terbuku di hati terutama tentang pendirian dan imannya.
Dalam masa sama, pelantun lagi Halimunan itu turut memaklumkan kecaman netizen sesekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus istiqamah bertudung. – HIBGLAM