DEMI tampil berbeza dengan menggayakan baju bersaiz besar menuntut penyanyi, Aina Abdul ke Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH35) yang berlangsung di Istana Budaya malam ini dengan menaiki lori.
Kelainan itu dipertontonkan Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, menerusi siaran langsung dalam Instagramnya hari ini.
Dia turut mencuri perhatian ramai ketika tiba di karpet merah dengan menggayakan busana berwarna merah yang diinspirasikan daripada sehelai blazer gergasi.
Fesyen pelik tersebut menuai pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memuji keberanian pelantun lagu Sumpah itu menggayakan busana tersebut.
“Lain macam fesyen dia malam ini, sampai kena naik lori!
“Akhirnya terjawab persoalan mengenai baju yang bakal dipakai Aina malam ini,” kata segelintir netizen.
Sebelum ini, Aina pernah dikritik kerana kerap tampil dengan fesyen pelik antaranya persis plastik sampah, pasu bunga dan tilam. – HIBGLAM