Tunai haji, kulit tapak kaki Zul Ariffin koyak

Dalam ibadah ada pengorbanan, situasi sama dilalui aktor popular Zul Ariffin apabila kulit tapak kakinya terkoyak selepas beberapa hari melalui rukun ibadah haji ketika ini.

Meskipun melalui pengalaman yang memeritkan fizikal, Zul, 36, bagaimanapun berasa puas kerana melaluinya demi menunaikan tuntutan rukun Islam kelima itu.

“Kulit satu badan terbakar dan kuli tapak kaki koyak. Puas!

“Alhamdulillah! Salam Aidiladha dari Mekah semua,” katanya dalam satu ciapan Twitter semalam.

Difahamkan, dia yang kini hangat dengan drama Perempuan Itu selesai menjalani salah satu rukun haji iaitu wukuf di Arafah semalam.

Menerusi perkongsian Instagram, dia juga menjalani proses bercukur iaitu dengan membotakkan kepalanya.

Zul atau nama penuhnya Zulkifli Ariffin berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji buat pertama kali pada 10 Jun lalu.

Selain Zul, selebriti lain yang kini menunaikan haji ialah Faizal Tahir, Alif Satar dan Datuk Aaron Aziz. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok