1.6K
DISEBABKAN ramai kecewa dengan pernikahan MK K-Clique, tak semena-mena lagu Malampagi nyanyian Saixse tular dalam media sosial terutamanya, TikTok.
Semuanya gara-gara liriknya yang menggambarkan individu mahu mencari ketenangan selepas melalui episod kekecewaan.
Ramai terbuai dengan bait lirik yang berbunyi: ‘bazir masa nak fikir tentang cinta, ye aku sakit. healing sampai pagi tak balik.’
Selain itu, gara-gara lagu tular turut melonjakkan nama Saixse yang sebelum ini kurang dikenali.
Berita berkaitan:
“Disebabkan ramai kecewa, lagu ini terus popular dan buat ramai kenal penyanyi asalnya,” kata netizen.
“Terima kasih buat lagu untuk orang patah hati seperti kami,” komen seorang peminat wanita MK.

