1
SELEPAS meledak dengan kerjaya lakonan, Amir Ahnaf menambah satu lagi portfolio dalam kariernya iaitu bergelar penyanyi apabila melancarkan single pertamanya iaitu Gadis Melayu Terakhir baru-baru ini.
Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan dan tulisan lirik Seow Seng Tack, Aziz Harun, Mohsein Kush serta Amir sendiri.
Baru sahaja dilancarkan, karya tersebut rancak dimainkan dan diulang siar dalam pelbagai platform media sosial ketika ini.
Kebanyakan peminat memuji lagu tersebut yang dikatakan mengetengahkan elemen muzik lebih segar selain sesuai dengan jenis vokal Amir.
“Obses dan sudah dengar berulang kali lagu baru Amir. Sedap!
“Tahniah Amir, anak muda yang sangat berbakat, teruskan berlakon dan menyanyi,” komen netizen. – HIBGLAM
