Lai Kuan-lin tinggalkan dunia hiburan

TIADA angin tiada ribut, anggota kumpulan Wanna One, Lai Kuan-lin mengejutkan ramai pihak apabila  mengumumkan bakal meninggalkan dunia hiburan dan beralih ke bidang lain.

Ujar idola berusia 22 tahun itu, keputusannya itu dibuat selepas berbincang dan membuat pertimbangan dengan teliti.

“Selepas pertimbangan yang teliti, saya telah memutuskan untuk menukar laluan kerjaya saya.

“Mulai sekarang, akaun ini (media sosial) akan diuruskan pekerja saya,” katanya ringkas.

Pun begitu, butiran mengenai perancangan kerjaya masa depan penyanyi kacak itu masih tidak lagi didedahkan. 

Bagaimanapun, catatan dalam akaun media sosialnya yang lain memaparkan filem pendek arahannya telah mencetuskan spekulasi bahawa dia mungkin meneruskan kerjaya sebagai pengarah filem.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok