Yasin ligat lepas bebas, buka TikTok, terbit autobiografi

SEPERTI mendapat kehidupan baharu, penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman dilihat rancak menyusun pelbagai aktiviti dan perancangan untuk kerjaya seni selepas dibebaskan daripada menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak pada 2 September lalu.

Enggan ketinggalan dalam dunia media sosial, antara yang dilakukan pemilik nama penuh Muhammad Yasin Sulaiman, 51, itu ialah membuka sebuah akaun Threads dan TikTok pertamanya.

Untuk pertama kali, saya kini dalam TikTok, Yasin Sulaiman,” katanya.

Bukan sahaja media sosial, dia juga tidak mengambil masa lama dengan menghasilkan sebuah buku yang merangkumkan kisah hidupnya sebagai anak seni sejak hampir tiga dekad lalu.

“Saya dalam proses menerbitkan sebuah buku autobiografi 400 muka surat.

Sekarang sedang memilih foto yang akan dimuatkan dalam buku tersebut.

“Foto ini (momen bersama Datuk M. Nasir) pastilah antara yang akan diselitkan,” kata bekas anggota kumpulan Brothers itu.

Dia juga dalam perancangan menghasilkan sebuah lagu baharu di sebuah studio baru-baru ini.

Semoga dapat aku membina sebuah syurga bersamanya, kini dan selamanya,” ujarnya yang turut ligat bertemu dengan beberapa rakan industri termasuk komposer, Ezra Kong.

Perkongsiannya meraih respons positif khalayak yang menitipkan doa selain memintanya aktif membuat siaran langsung dalam mana-mana platform media sosial.

“Selamat kembali ke industri, tolong buat lagu lagi.

“Saya akan sokong dan tolong aktif buat siaran langsung,” komen netizen.

Terdahulu, selepss empat tahun dirawat, penyanyi lagu Mimpi Laila itu dibebaskan dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Sebelum itu, pada 28 April tahun lalu, Yasin dilaporkan dibebaskan dan dilepaskan Mahkamah Rayuan, namun diperintahkan ditempatkan semula di Hospital Bahagia Ulu Kinta sehingga diperkenankan Sultan Selangor.

Keputusan dibuat panel tiga hakim yang diketuai Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali bersama Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin selepas menerima rayuan akhir dikemukakan komposer terbabit.

Mahkamah Rayuan turut mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan terhadapnya selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok