Rapat tak semestinya wajib jadi ‘bridesmaid’ – Bella Astillah

BARISAN ‘bridesmaid’ jadi pertikaian netizen, penyanyi dan pelakon sensasi Bella Astillah mengakui sukar untuk buat pemilihan agar tiada yang terasa hati.

Namun, kata Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, dia lega tiada sesiapa berkecil hati apabila tidak terpilih kerana masing-masing sudah matang.

“Sebenarnya Bella pun tak pasti siapa individu tidak terpilih yang dimasukkan netizen.

“Pada awalnya memang susah nak memilih bridesmaid kerana takut ada terasa hati.

Tetapi Alhamdulillah saya tengok rakan-rakan saya semuanya matang dan tiada masa untuk sentap atau fikir tentang terasa hati,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kedai minuman Truedan di pusat beli belah IOI City Mall, hari ini.

Tambahnya lagi, ada antara sahabat yang terpilih tidak dapat hadir pada acara tersebut kerana mempunyai komitmen lain.

“Ada yang saya jemput tetapi tak dapat nak beri komitmen kerana mereka ada komitmen dan kehidupan masing-masing. Ada yang hanya boleh datang waktu majlis pernikahan nanti.

Saya tiada masalah kerana semua kawan-kawan rapat. Tetapi walaupun rapat tak semestinya mereka wajib jadi bridesmaid sehingga kita lupa mereka pun ada tanggungjawab lain.

“Saya hormat saja. Jangan risau yang jadi bridesmaid saya sekarang pun memang baik dengan saya. Saya dulu pun pernah diundang menjadi bridesmaid tetapi tak dapat memenuhi jemputan kerana terikat dengan jadual kerja,” jelasnya.

Selain rakan-rakan perempuan, Bella turut memilih rakan penyampai radio 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin sebagai ‘brosmaid’.

Kata Bella, tiga figura itu penting untuk berada pada hari bahagianya kerana dia sudah menganggap mereka seperti abang sendiri.

Mereka bertiga ada sisi lain yang orang luar tak nampak. Mereka selalu beri nasihat dan lebih berpengalaman dalam rumah tangga. Saya lihat sendiri Abang Nabil sangat hargai Zira begitu juga dengan Pak Azad yang menghargai Eira Syazira,” ujarnya.

Terdahulu, pemilihan barisan pengiring  Bella Astillah menjelang hari bahagianya menjadi bualan hangat netizen apabila ada yang mempersoalkan tiada kelibat artis popular dalam senarai tersebut.

Bella dan tunangnya, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq bakal melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober depan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok