Allah dah aturkan jodoh, apapun ujian saya terima – Dr. Fie

NAMA hangat menjadi bualan dalam media sosial susulan dakwaan negatif membabitkan suaminya, Kapten Khairul, namun pempengaruh Dr. Afifah Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie memilih untuk reda dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan buat dirinya.

Bekas isteri kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan itu berkata, dia menyerahkan segala urusan kehidupan dan takdir kepada Allah SWT, biarpun terpaksa berdepan pelbagai ujian serta cabaran emosi.

“Apabila dunia dirasakan terlalu menekan, kembalikan hatimu kepada Allah. Dia Maha Mengetahui setiap perjuangan yang tidak pernah kamu lafazkan dan doa yang kamu bisikkan dalam kesunyian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis kami. Paling penting, terima kasih kepada ahli keluarga daripada kedua-dua belah pihak. Kami tidak mampu melakukannya tanpa anda semua,” katanya menerusi satu hantaran dalam media sosial hari ini.

Bagaimanapun, respons Dr. Fie ketika membalas komen netizen lebih mencuri perhatian apabila dia ditanya mengenai ketetapan jodoh dan keputusannya mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang kini menjadi suaminya.

“Siapa saya nak tentukan segalanya.

“Sudah selesai, sayangku (memeriksa latar belakang suami sebelum berkahwin),” balasnya ringkas.

Dalam pada itu, Dr. Fie turut berpandangan bahawa bukan semua perkara perlu diperjelaskan kepada umum kerana hanya Allah yang mengetahui kebenaran di sebalik sesuatu kejadian.

“Bukan semua orang akan faham situasi di pihak anda dan perkara itu tidak mengapa. Anda tidak perlu menjelaskan setiap babak dalam kehidupan. Allah Maha Mengetahui keseluruhan cerita.

Allah sudah aturkan jodoh saya. Apa jua ujian daripada-Nya, saya terima dan berdoa agar dapat melaluinya dengan hati yang tenang.

“Ada perkara yang sangat berat untuk dijelaskan tetapi tidak pernah terlalu sukar untuk Allah fahami. Teruslah percaya dengan perancangan waktu-Nya,” ujarnya.

Difahamkan, isu berkenaan tercetus selepas seorang wanita yang mendakwa sebagai bekas isteri Kapten Khairul membuat pendedahan mengenai dakwaan kegagalan lelaki itu menjalankan tanggungjawab terhadap anak serta pembayaran nafkah.

Terdahulu, Dr. Fie dan Kapten Khairul selamat disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis perkahwinan di Seremban, Negeri Sembilan pada 1 November lalu.

Sebelum itu, Dr. Fie dan Nubhan disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Disember 2025 selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok