‘Saya dah putus asa, nak berhenti perjuangan TTC’

TIDAK tahan perubahan fizikal sering menjadi bahan ejekan, pelakon Janna Nick mengakui sudah putus asa daripada meneruskan usaha mendapatkan zuriat atau Trying To Conceive (TTC).

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkannya memulakan fasa baharu untuk kembali mendapatkan berat badan ideal serta menjaga kesihatan diri.

“Mula hari ini, saat ini. Saya dah putus asa nak TTC.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya secara rasmi nak berhenti perjuangan TTC. Saya akan mula misi baharu untuk kurus,” katanya dalam Threads.

Dalam hantaran lain, pelakon drama Leftenan Zana itu mendedahkan perubahan bentuk badannya adalah kesan sampingan daripada pengambilan ubat hormon sepanjang menjalani rawatan kesuburan tersebut.

“Kalau saya gemuk dan tembam sekali pun, awak ke yang peluk cium saya?

“Suami saya elok je puji. Boleh tak berhenti komen fasal bentuk fizikal, saya makan hormon dan sedang TTC.

“Jangan ganggu saya kalau saya tembam, gemuk atau buruk sekali pun,” katanya lagi.

Sebelum ini, Janna meluahkan rasa berang terhadap sebuah portal yang menyentuh mengenai perubahan fizikalnya yang dikatakan gemuk dan makin tembam.

Terdahulu, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu pernah menangis tanpa pengetahuan suami hanya disebabkan datang bulan.

Dia juga pernah menangis teresak-esak meminta agar orang ramai berhenti bertanyakan soal anak selain mendedahkan sudah setahun menjalani rawatan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), namun gagal.

Janna dan Dini berkahwin pada Jun 2023 di sebuah pusat peranginan di Langkawi.

Sejak berkahwin Janna dan Dini tidak pernah merancang soal anak bahkan sering berharap segera dikurniakan cahaya mata. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok