‘Semalam persembahan terburuk’ – Zahid mohon maaf

PESERTA Gegar Vaganza Fantasia GV13, Zahid memohon maaf susulan gagal menyampaikan persembahan terbaik dalam konsert pertama yang berlangsung semalam.

Zahid atau nama lengkapnya Ahmad Zahid Baharuddin, 46, menjadi peserta pertama yang membuat persembahan dengan menyampaikan lagu Milikku bersama Cat Farish.

Juri tetap, Datuk Ramli MS menyifatkan persembahan Zahid kedengaran semput dan kelihatan tidak bertenaga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menyedari persembahannya kurang memuaskan, Zahid tampil membuat permohonan maaf menerusi sebuah hantaran dalam akaun Threads.

“Saya menyusun 10 jari untuk persembahan semalam. Memang lain macam pentas GV. Tetapi Tokram cakap tiada alasan.

Ya betul, sebagai seorang penghibur, semalam adalah persembahan terburuk aku. Dan aku tak malu untuk mengaku itu salah aku sendiri,” tulisnya.

Juara Akademi Fantasia musim kedua itu turut mengucapkan terima kasih kepada pencipta lagu Milikku iaitu Cat Farish yang sudi berduet bersamanya.

Terima kasih Cat temankan aku semalam. ‘Respect’,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen dilihat memberikan pandangan berbeza terhadap Zahid.

Ada yang memberikan kata-kata semangat dan tidak kurang juga menasihatinya agar membuat persediaan rapi sebelum bertanding.

Bro bukan nak kecam tau, sekadar nak bagi nasihat dan cadangan. Sepatutnya bila dah dipanggil masuk GV, kena la buat persediaan fizikal, diet  atau berlari di gimnasium. Biar badan tu fit sikit.

“Menyanyi perlukan stamina yang lebih, tak sama macam melawak. Nasihat ni umum untuk semua yang kurang fit dalam GV ni. GV tiga bulan, cukup sangat dah badan tu nak fit kalau mula dari awal,” komen netizen.

Biarpun persembahan kurang memuaskan, namun Zahid mendapat kedudukan di tempat keenam sehingga ada yang berpendapat dia tidak seharusnya berada di kedudukan tersebut kerana tidak setara dengan mutu persembahannya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok