‘Susah nak pujuk’ – Stacy teruja Akim mahu sertai GV13

JUARA Akademi Fantasia musim keenam  yang juga peserta Gegar Vaganza Fantasia (GV13), Stacy akui teruja apabila suaminya iaitu Akim Ahmad tersenarai sebagai salah seorang peserta ‘hot seats’.

Akim yang merupakan pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 7 antara 25 calon untuk mengisi kekosongan empat kerusi panas.

Menurut Stacy atau nama Islamnya Ummi Shaikhah Stacy Anam, 36, dia terkejut apabila melihat wajah suaminya terpampang di skrin sebagai salah seorang calon peserta ‘hot seats’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya memang teruja bila lihat ada wajah Akim. Saya sendiri menantikan detik ini. Agak susah untuk memujuk dia.

“Mula-mula dia kata tak mahu. Tapi mungkin bila dia tahu ada juara-juara lain yang tak dapat sertai, jadi dia terbuka untuk terlibat.

Dia sama seperti saya. Kami sentiasa terbuka untuk belajar perkara baharu. Pentas GV adalah tempat terbaik untuk kami melaksanakan kreativiti dalam seni.

“Kalau ikutkan pencapaian dia sudah besar dalam industri biarpun dia bukan juara AF. Tetapi dia masih sanggup untuk sertai,” katanya ketika ditemui di sidang media konsert GV13 minggu pertama, di Auditorium MBSA, semalam.

Namun kata Stacy, seandainya suaminya terpilih untuk sertai GV13, mereka terpaksa bersaing sesama sendiri biarpun tidur sekatil.

Walaupun kami pasangan suami isteri, kami suka berlawan sesama sendiri. Jadi saya sangat risau kerana pentas GV adalah sesuatu yang sangat serius. Nak ‘tag team’ tak boleh pula. Kita tengoklah macam mana nanti,” jelasnya.

Ditanya tentang perasaannya apabila berjaya meraih tangga pertama dalam persembahan semalam menerusi persembahan mantap menyampaikan lagu Aku Stacy, kata Stacy dia gembira kerana berjaya melunaskan persembahan dengan baik.

Bila saya lihat ada dua peserta gimik iaitu Amir Masdi dan Sufie Rashid, mereka memberikan persembahan yang sangat hebat.

“Mereka berdua juara paling muda. Jadi saya rasa kena bagi lebih, kena ‘mengamuk’,” katanya sambil ketawa. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok