Ada yang nak jodohkan Zizan Razak, Syida Melvin?

MEDIA sosial baru-baru ini muncul dengan macam-macam cerita tetapi tiada angin tiada ribut timbul gosip cinta antara Zizan Razak dengan Syida Melvin.

Semuanya disebabkan Zizan dan Syida dilihat berbual mesra ketika hadir di sebuah acara. 

Tidaklah nampak macam pasangan kekasih tetapi biasalah, bila dua-dua berstatus solo, memang muncul gosip liar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kerana itu, ramai pula mendoakan dan berharap mereka benar-benar menjalin hubungan istimewa pada masa hadapan.

Tapi tidak salah pun kalau mendoakan mereka, benda baik dan membina masjid.

Diva harap juga apa yang didoakan netizen jadi kenyataan cuma harap kemelut Syida dengan bekas suami segera berakhir.

DIVA: Zizan pun mesti penat nak jawab soalan mengenai kahwin dengan pihak media.



Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok