TIADA angin tiada ribut, nama pelakon Datuk Fizz Fairuz meledak selepas memuat naik hantaran berbaur sindiran terhadap segelintir pelakon baharu.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, kenyataannya cukup mengundang tanda tanya sehingga ada pihak mula berteka-teki tentang individu yang menjadi sasaran aktor berkenaan.
Popular mana awak, awak belum tentu bagus. Kalian tidak lama, jual muka sahajalah dik,” tulisnya menerusi media sosial.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kenyataan itu pantas mengundang pelbagai reaksi. Ada menyifatkan Fizz seolah-olah tidak senang melihat kemunculan pelapis baharu, namun tidak kurang juga bersetuju artis muda perlu belajar merendah diri dan tidak terlalu cepat mendabik dada.
Diva ada dua pandangan tentang perkara ini. Ada benarnya teguran Fizz kerana populariti tidak semestinya seiring dengan kemampuan sebenar.
Jangan baru beberapa kali muncul di kaca televisyen, sudah berasa diri paling hebat sehingga memandang rendah orang lain, namun artis senior juga perlu bersikap terbuka.
Kalau pelapis baharu memang berbakat, berilah ruang dan sokongan, bukannya menyindir semata-mata kerana tidak senang melihat orang lain mula bersinar.
Industri hiburan memerlukan persaingan sihat, bukannya perang ego antara generasi.
DIVA: Konsert Raihan baru-baru ini menarik juga. Seronok melihat ramai anak muda hadir menikmati lagu-lagu nasyid. Rupanya irama kerohanian masih ada tempat di hati generasi baharu.

