Privasi adalah satu pilihan, bukannya satu kekurangan.”
Demikian respons pelakon Toh Puan Syamim Freida membidas tanggapan sesetengah pihak berhubung keakrabannya dengan penyanyi Bella Astillah selepas kehadirannya sebagai pengapit.
Bagi Syamim atau nama lengkapnya Syamim Mohd. Farid, 35, nilai keikhlasan sesebuah perhubungan tidak wajar dinilai berdasarkan sejauh mana dipertontonkan kepada awam.
“Bukan semua benda kena tunjuk untuk dapat validasi. Saya meletakkan privasi pada kehidupan peribadi saya terutamanya keluarga dan rakan-rakan rapat.
“Hanya kerana awak tidak melihatnya, tidak bermakna tak wujud. Antara bahagian paling bermakna dalam hidup saya adalah apa yang saya pilih untuk tidak kongsi.
“Saya tidak memerlukan perhatian orang ramai untuk membuktikan apa yang saya ada,” katanya dalam Threads.
Sebelum ini, Bella tidak lupa menghargai barisan pengapitnya dengan memberikan hadiah istimewa setiap seorang.
Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang mempersoalkan ketulusan persahabatan beberapa rakan yang dipilih sebagai pengapit sama ada mereka ada di sisinya ketika dalam fasa sukar dahulu.
Tampil menjelaskan perkara tersebut, pemilik nama lengkap Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata nilai persahabatan tidak seharusnya diukur berdasarkan kekerapan dilihat bersama, selalu muncul dalam hantaran media sosial atau dipertontonkan kepada khalayak.
Tambahnya, dia lebih selesa memilih persahabatan yang terbina atas dasar kejujuran tanpa mengira status atau populariti seseorang. – HIBGLAM
