SELALUNYA peminat dilambakkan dengan cerita mengenai keadaan kesihatan dan penyakit kanser yang dihidapi Elyana.
Namun, baru-baru ini kerinduan ramai untuk menyaksikan Elyana mendendangkan lagu popular Tak Tercapai Akalmu terubat apabila dia membuat persembahan di festival muzik SoundCircus 2026 baru-baru ini.
Ligat dan penuh bertenaga di atas pentas, kemunculan Elyana ternyata dinanti-nanti ramai sehingga videonya tular serta meraih pelbagai komen positif.
“Rindunya nak tengok Elyana beraksi di pentas dengan berkaki ayam dan menggayakan fesyen unik.
“Dulu dia digelar Avril Lavigne Malaysia. Semoga Elyana terus sihat.
“Kalau bukan sebab sakit, mesti ramai akan minta Elyana buat konsert atau showcase solo, lagu dia semua best,” kata netizen dalam ruangan komen sebuah video tular milik pengguna @Mentari Senja. – HIBGLAM
