Sakit tekak tak halang Ustaz Nazrey usaikan konsert Rayhan

PENYANYI nasyid, Nazrey Johani berdepan ujian apabila mengalami masalah sakit tekak ketika membuat persembahan di konsert The Rayhan Syukur 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil semalam.

Nazrey atau nama penuhnya Nazrey Johani Abdullah, 54, mengakui suaranya dalam keadaan baik-baik sahaja sehari sebelum menjelang konsert.

“Minta maaf suara saya tiba-tiba tak ada pula. Ini kali pertama The Rayhan buat persembahan di pentas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nak sampai ke konsert ini pun banyak cabaran. Semalam (Jumaat) suara saya elok sahaja, tiba-tiba tak okey pula.

“Maksudnya kena ada konsert lagi sekalilah, “ selorohnya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Puji-Pujian itu tetap bersyukur dapat menyanyikan lebih 20 buah lagu.

Dia turut mendoakan kesejahteraan serta meluahkan rasa terharu atas pengorbanan peminat yang sanggup hadir membeli tiket malam berkenaan.

“Namun saya masih bersyukur masih mampu menyanyi lebih 20 buah lagu sampai habis konsert.

“Semoga Allah kembalikan rezeki lebih banyak kepada pembeli tiket malam ini.

“Semoga Allah beri rezeki melimpah, kebahagiaan rumah tangga, anak-anak jadi taat soleh solehah dan menjadi penyambung perjuangan kita di masa hadapan,” ujarnya.

Sepanjang konsert yang berlangsung hampir tiga jam, The Rayhan mempersembahkan beberapa lagu popular antaranya Syukur, Allahu, I’tiraf, Assalamualaikum, Iman Mutiara dan Puji-Pujian. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok