Tiada penyingkiran, lapan peserta mara separuh akhir Big Stage

LAPAN peserta Big Stage Rocketfuel sekali lagi terselamat apabila tiada sebarang penyingkiran berlaku pada konsert suku akhir di Dewan MBSA hari ini.

Keputusan itu sekali gus melayakkan Ranisha, Adam Nazmie, Hussain, Qilo, Aliff Kimiey, Yad-Z, Danny dan Danial Kifly mara ke pusingan separuh akhir.

Sebelum itu, Danial, Danny dan Yad-Z berada di kedudukan tiga tercorot susulan meraih markah terendah daripada barisan juri tetap.

Sementara, kedudukan tertinggi konsert yang bertemakan Interference (lagu pilihan juri) menjadi milik Ranisha menerusi lagu Die On This Hill nyanyian Sienna Spiro dengan markah 86.50 peratus.

Adam Nazmie pula berada di tangga kedua (79.75 peratus) manakala Hussain pula mengikuti rapat di kedudukan ketiga (76.25 peratus).

Hussain meneruskan fenomenanya apabila merangkul anugerah Rocketstar of The Week apabila susulan undian online tertinggi selama lima minggu berturut-turut.

Minggu depan, kesemua peserta bakal mendendangkan lagu bertemakan Analog To Ultra (irama Malaysia dan etnik kreatif).

Big Stage Rocketfuel dihoskan Nabil Ahmad dan Azeva sementara barisan juri pula terdiri daripada Hael Husaini, Aisha Retno dan Akim Ahmad.

Sementara penyanyi Datuk Syafinaz Selamat pula merupakan juri jemputan pada minggu ini. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok