15 jam lagi!”
Demikian perkongsian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kini menghitung detik menjelang hari bahagianya bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, esok.
Menerusi hantaran dalam Facebook, Syed Saddiq memaklumkan dia terus bergegas ke Menara Merdeka 118 bagi melakukan persiapan akhir majlis pernikahan mereka sejurus selesai pembentangan Belanjawan 2027 di Parlimen, hari ini.
Setelah segala yang dilalui, esok kami melangkah ke sebuah permulaan yang baharu. Doakan,” tulisnya ringkas, namun sarat makna.
Terdahulu, gelagat Syed Saddiq yang dilihat tergesa-gesa meninggalkan Dewan Rakyat sebaik pembentangan Belanjawan 2027 selesai turut mencuri perhatian ramai.
Malah, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sempat mengusik wakil rakyat itu dengan ucapan ‘selamat pengantin baharu Muar’, sekali gus mencetuskan suasana ceria.
Kini, segala debaran dan penantian bakal terlerai apabila Syed Saddiq dan Bella dijadualkan disatukan sebagai suami isteri esok, sekali gus membuka lembaran baharu dalam kisah cinta pasangan yang sentiasa menjadi perhatian ramai itu. – HIBGLAM

