Ketika industri rancak berbicara mengenai isu disiplin artis datang lewat ke lokasi penggambaran, pelakon Nabil Aqil pula berjaya mengalih perhatian netizen dengan transformasi fizikalnya.
Menerusi media sosial, pelakon itu berkongsi beberapa foto mempamerkan tubuh semakin tegap hasil rutin senaman.
Tidak menunggu lama, ruangan komen terus dibanjiri reaksi terutama daripada peminat wanita.
Deretan kaum Hawa memuji bentuk badan atletik dimilikinya malah mengimpikan teman lelaki dengan susuk tubuh sebegitu.
Diva hanya mampu ketawa melihat gelagat netizen. Semalam sibuk bincang bakat lakonan, hari ini fokus tengok otot lengan aktor pujaan.
Begitulah lumrah dunia hiburan, sekali berubah penampilan, terus menjadi bahan bualan. Apa pun, usaha menjaga kesihatan memang wajar dipuji, asalkan jangan lupa menjaga adab dan rendah diri ketika nama sedang berada di puncak.
DIVA: Hebat betul usahawan Kelantan, Syahmi Sazli yang anjur karnival jualan siap dengan konsert percuma, terbaharu di GM Klang, puluhan ribu pengunjung hadir.
