‘Sertailah kelas tadabbur al-Quran, Allah sentiasa ada untuk kita’

PENYANYI Tasha Manshahar menasihati golongan yang mahu berhijrah atau bimbang tidak kekal istiqamah agar kerap menghadiri majlis ilmu terutamanya kelas tadabbur al-Quran.

Menurut Tasha, 34, usaha berterusan menuntut ilmu agama akan membantu jiwa untuk lebih dekat kepada Pencipta serta memfokuskan keredaanNya.

Saya sangat menyarankan muslimat yang takut tak istiqamah atau tidak berani nak mula hijrah (tak kisahlah sekecil apa pun hijrah yang kalian sedang usahakan, sertailah mana-mana majlis ilmu terutamanya kelas tadabbur al-Quran.

“Insya-Allah kalian akan nampak tiada apa yang lebih penting melainkan reda Allah.

“Maha baiknya Allah sentiasa ada untuk kita tapi kita saja yang selalu ragu-ragu,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, pelantun lagu Be Mine itu memaklumkan penyertaan dalam majlis ilmu akan membuka mata seseorang mengenai betapa banyaknya perkara agama yang belum dipelajari.

Malah dia turut mengingatkan orang ramai agar tidak meletakkan alasan tiada rakan sebagai penghalang untuk menghadiri majlis agama.

Dari situ kalian akan semangat belajar lagi. Baru sedar banyaknya kita tak tahu.

“Jangan risau tak ada kawan nak pergi sekali, jangan takut nanti tiada geng.

“Insya-Allah dekat kelas atau majlis itu ada ramai orang baik yang sama-sama nak dekat dengan Allah, seronok!,” luahnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok