MEMILIKI lima pengasuh bukan alasan buat bintang realiti, Kim Kardashian untuk menyerahkan sepenuhnya urusan menjaga empat anak kepada orang lain.
Kim, 45, mengakui menggunakan khidmat lima pengasuh yang bekerja secara bergilir-gilir ketika keempat-empat anaknya berada bersamanya.
Begitupun, pempengaruh dan jutawan itu menegaskan, walau dibantu ramai pekerja, dia tetap memainkan peranan secara langsung menguruskan anak-anak hasil perkongsian dengan bekas suami juga penyanyi, Kanye West.
Menurut Kim, antara rutin yang cuba dipertahankannya adalah menghantar serta mengambil anak-anak dari sekolah selain makan bersama setiap malam.
“Saya rasa saya adalah ibu yang agak tegas, tetapi tidak terlalu ketat dengan peraturan,” katanya.
Malah, pelakon dan personaliti televisyen itu mengakui masih membenarkan anak-anaknya tidur bersamanya sekira mereka mahu.
Kim dan Kanye mempunyai empat cahaya mata iaitu North West yang kini berusia 13 tahun, Saint, 10, Chicago, 8, dan Psalm, 7.

