10 tahun bertahan, Mia Goth fail cerai

SELEPAS hampir sedekad menempuh krisis rumah tangga, pelakon Mia Goth akhirnya memfailkan perceraian terhadap suaminya juga aktor popular, Shia LaBeouf.

Goth, 32, memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada awal Oktober dengan dokumen berkenaan menyatakan pasangan itu sudah berpisah sejak Julai 2025.

Goth dan LaBeouf, 40, mula berkenalan ketika membintangi filem Nymphomaniac: Vol. II pada 2012 sebelum berkahwin pada 2016. Mereka pernah mengumumkan perceraian pada 2018, namun kembali bersama dua tahun kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasil perkahwinan mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun dan dalam permohonan terbaharunya, Goth memohon hak penjagaan utama dari segi undang-undang dan fizikal terhadap anak mereka, selain meminta mahkamah menolak tuntutan nafkah pasangan bagi kedua-dua pihak.

Perkembangan tersebut hadir ketika pelakon filem Transformer berdepan isu membabitkan undang-undang apabila sehari sebelum permohonan cerai difailkan, satu lagi tuntutan mahkamah dilakukan bekas pasangannya iaitu penyanyi dan pelakon, FKA Twigs dilaporkan diselesaikan.

LaBeouf juga mengaku bersalah atas kes serangan melibatkan tiga individu lain di New Orleans pada Jun lalu dan dijatuhi hukuman percubaan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok