Makin cantik, Nadeera didakwa buat hidung?

MENJELANG pelancaran single terbaharu berjudul Cuba Jadi Aku pada 26 Jun nanti, nama penyanyi Nadeera kembali hangat menjadi sebutan.

Pun begitu bukan hanya lagu baharu mencuri perhatian, sebaliknya perubahan pada raut wajahnya turut mengundang pelbagai reaksi.

Ada mendakwa hidung penyanyi tersebut kelihatan lebih mancung berbanding sebelum ini, sekali gus mencetuskan spekulasi tidak berkesudahan.

“Macam lain hidung dia sekarang, makin sharp. Buat ke?” antara bisik netizen yang mula bermain teka-teki.

Bagaimanapun, dalam lautan suara negatif itu, masih ada peminat rasional mempertahankan wanita genit berusia 32 tahun itu dengan mengatakan semuanmya mungkin sekadar teknik solekan atau pencahayaan kamera.

Nadeera pula memilih untuk berdiam diri, tidak memberi sebarang penjelasan. Diva melihat situasi ini sebagai pedang bermata dua, diam itu tenang, namun boleh membuka ruang fitnah.

Harapnya satu penjelasan ringkas mampu meredakan keadaan. Apa pun, Nadeera makin cantik seadanya, sama ada dengan sentuhan semula jadi atau bantuan seni kecantikan. Tahniah.

DIVA: Zaman sekarang, apa sahaja dibuat serba tak kena, makin ramai cepat menghukum!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok