‘Saya suka lelaki pandai bertukang, buat kerja berat’

PELAKON Zara Zya mendedahkan tertarik dengan lelaki yang memiliki kemahiran melakukan kerja berkaitan teknikal dan tugasan berat.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 41, berkata, golongan yang dikurniakan kelebihan dari segi skil mempunyai keistimewaan tersendiri.

Cerita sini habis sini. Saya suka lelaki yang pandai bertukang, wiring (pendawaian) serta buat kerja berat,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Pada masa sama, pelakon drama Namamu Cinta itu berkata, kebolehan itu melambangkan sifat maskulin seorang lelaki dengan kelebihan memasak serta istiqamah membaca al-Quran.

“Bagi saya, mereka ini maskulin. Bonus kalau pandai memasak serta pandai mengaji,” tulisnya lagi.

Hantaran dikongsikannya itu meraih pelbagai maklum balas positif daripada peminat yang sependapat dengannya.

Paling menghiburkan apabila ada dalam kalangan beberapa pengguna Threads mengakui mereka lelaki dimaksudkan Zara kerana memiliki skil serta rajin memasak.

Maaf awak, saya sibuk sikit hari ini. Tadi menukang sayap kapal terbang, lepas itu buat wiring sikit. Ini pun baru sampai rumah. Okey saya nak masak dulu,” kata seorang netizen.

Zara antara selebriti yang aktif di Threads, sekali gus menjadikan platform itu sebagai ruang berkomunikasi dengan peminat selain memberikan pandangan berkaitan isu semasa. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok