Kemesraan Fazura, Que makin ‘berbunga-bunga’

KETIKA media sosial kecoh dengan cerita pendaki baru ditemui dan drama-drama viral, tetap terselit kisah cinta ‘geli-geli’  Que Haidar dengan Fazura.

Masih mengenai gosip cinta mereka tetapi kali ini bersepah pula video memaparkan kemesraan dua pelakon ini ketika hadir di sebuah acara.

Amboi, makin menjadi-jadi kemesraan mereka. Makan bersuap dan acah-acah bersanding, seperti memberi bayangan hubungan makin serius pula.

Tapi kalau betul pun, tidak salah. Diva pun pernah cakap sebelum ini, ramai saja yang restu sebab dua-dua memang solo, jadi tiada masalah.

Harap bukan konten semata-mata dan kepada peminat, berilah ruang serta jangan terlalu menekan-nekan mereka ya.

DIVA: Berbulu dengan seorang artis yang suka komplen.

 

 



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok