Idris Elba nafi bakal jadi James Bond 007

AKTOR asal Britain, Idris Elba menyangkal khabar angin yang bertahun-tahun mengaitkannya dengan watak ejen perisik ikonik James Bond.

Elba, 53, menegaskan spekulasi dia bakal menggantikan Daniel Craig sebagai ejen 007 tidak berasas.

Saya sentiasa merasakan perkara itu bukan sesuatu yang realistik. James Bond ditulis sebegitu atas sebab tertentu,” katanya.

Sejak 2021, nama Elba sering disebut-sebut sebagai calon utama untuk mengambil alih francais filem terkenal tersebut.

Bagaimanapun, bintang filem Masters of the Universe itu mengakui sangat terharu apabila namanya dikaitkan dengan watak legenda berkenaan.

Saya menganggapnya sebagai satu penghargaan. Namun secara realistik, terdapat pasaran tertentu yang tidak akan dapat menerima perkara itu.

“James Bond merupakan watak besar di seluruh dunia dan tidak semua penonton boleh menerima lelaki kulit hitam atau lelaki Afrika memegang watak Bond,” katanya.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok