WAJAH sering disamakan dengan penyanyi terkenal Zamani, pelakon Kahoe Hon akui terbuka seandainya ditawarkan membintangi filem biopik penyanyi itu.
Menurut Kahoe atau nama lengkapnya Howard Hon Ka How, 34, sejak dulu lagi dia sering disamakan dengan penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu.
Memang orang selalu cakap muka saya macam Zamani waktu muda. Sejujurnya saya terharu kerana Zamani ialah seorang penyanyi legenda. Saya bukan siapa-siapa.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tetapi seandainya ada pihak yang ingin membuat filem biopik tentang Zamani, saya terbuka untuk melakonkan watak Zamani. Saya mahu ambil cabaran ini.
“Sebagai seorang pelakon, saya kena jadi seperti kameleon. Kena berubah menjadi watak yang dituntut dalam skrip dan pengarah. Itu yang menyeronokkan,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan episod akhir filem pendek Dr Cardin, di sini, baru-baru ini.
Ditanya adakah dia berkebolehan untuk menyanyi sama seperti Zamani, kata Kahoe nyanyian bukan kepakarannya.
Kalau nak suruh saya menyanyi memang tak boleh. Tapi saya tahu lagu-lagu Zamani,” jelasnya.
Bercerita mengenai filem pendek lakonannya yang menjadi tular dalam media sosial, kata Kahoe dia tidak sangka filem pendek arahan Mshaffuan itu akan mendapat perhatian ramai.
“Saya tak sangka filem ini akan mendapat sambutan hebat dalam media sosial. Tetapi disebabkan filem ini adalah arahan Mshaffuan, saya dah boleh jangka ia akan viral.
“Saya gembira bila orang hargai cerita seperti ini. Mungkin orang boleh ‘relate’ dengan jalan cerita kena ‘frindzone’.
Dialog dalam filem ini iaitu ‘bukan kita kawan je ke’ pun jadi viral dan orang guna dialog itu untuk buat video dalam akaun media sosial mereka,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Kahoe kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Goreng yang akan menemui penonton pada tahun hadapan. – HIBGLAM

