Aik, Risteena pula dah bertudung?

JIKA sebelum ini hanya nama Isa Khan menjadi bualan ramai, kini giliran isterinya, pelakon Risteena Munim pula mencuri perhatian netizen.

Tiada angin tiada ribut, Diva perasan yang Risteena tiba-tiba aktif memuat naik pelbagai hantaran tetapi apa yang mencuri perhatian Diva sebenarnya iaitu foto profilnya.

Daripada apa yang Diva tengok, Risteena menggunakan foto memakai tudung. 

Perubahan tersebut pastilah mencetuskan tanda tanya sama ada dia sudah berhijab atau sebaliknya.

Kalau betul sudah bertudung, Diva gembira dan harap kekal istiqamah. Sejuk mata memandang. Cantik sangat Risteena bila dah bertudung begitu.

DIVA: Betul ke tarikh nikah Bella Astillah, Syed Saddiq akan dipercepatkan?



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok