‘Suatu hari nanti’ – Sweet Qismina guna AI bayangkan diri hamil

MASIH belum dikurniakan rezeki cahaya mata meski sudah empat tahun berkahwin, pelakon Sweet Qismina tetap optimis dan berharap dapat bergelar ibu suatu hari nanti.

Hasrat itu diluahkan Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi, 28, menerusi satu hantaran dalam TikTok, memaparkan dirinya berbadan dua menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Membayangkan diri saya mengandung.

“Insya-Allah suatu hari nanti.

“Semoga Allah memberi rezeki zuriat, Aamin,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut mengundang simpati dan menyentuh perasaan ramai, khususnya dalam kalangan wanita yang turut melalui perjalanan mencabar untuk memperoleh zuriat.

Saya faham perasaan itu, menitik air mata tengok posting ni. Moga semua TTC (Trying To Conceive) diberi kekuatan,” komen peminat.

“Saya pun belum ada rezeki anak walaupun dah lima tahun kahwin. Gambar ni buat saya sebak. Semoga dipermudahkan, semua wanita TTC kuat-kuat ya,” tulis netizen itu.

“Terus berdoa. Allah bagi bila masa yang tepat. Stay strong Sweet,” ujar pengguna media sosial.

Sweet mendirikan rumah tangga bersama pelakon Adam Lee pada 24 Oktober 2021 selepas tiga tahun bercinta.

Pasangan romantik itu sering menjadi sorotan peminat kerana keserasian dan sifat penyayang terhadap satu sama lain. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok