Mahu zuriat, doa Sweet Qismina buat ramai sebak

CERITA tentang Sweet Qismina yang memasang impian untuk memiliki cahaya mata bukan perkara baharu.

Beberapa kali juga dia suarakan hasrat keinginan untuk mempunyai zuriat tetapi sehingga hari masih belum termakbul doanya.

Baru-baru ini dia juga ada menyatakan sekali lagi perkara sama dalam platform Threads yang berharap akan memiliki rezeki tersebut pada tahun ini.

Ya Allah, semoga tahun ini saya dan kawan-kawan yang nak ada zuriat tahun ini hamil,” katanya.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai sebak sebab umum tahu nak dapatkan zuriat tidak semudah yang disangka buat segelintir individu.

Harap semua doa daripada orang ramai diangkat, Sweet dan Adam Lee dapat timang anak segera.

DIVA: Comel betul anak Watie Hanifiah dan Shuib.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok