80
SELAIN cerita raya, media sosial minggu ini kecoh juga dengan susuk pengawal peribadi baharu Cik B.
Bukan sebab buat hal tidak senonoh tetapi pengawal peribadi yang dikenali sebagai Faris itu viral kerana memiliki wajah yang tampan.
Dikatakan mempunyai pakej lengkap, ramai pula yang berseloroh dalam media sosial mahu merampas Faris menjadi pengawal peribadi mereka.
“Saya sayang Cik B dan ‘bodyguard’ Cik B.
Terima kasih Cik B beri kami hidangan yang manis-manis untuk mata-mata netizen.
“Boleh tak nak jadikan Faris sebagai pengawal peribadi seumur hidup,” usik netizen.