MENGHARGAI keupayaan pembikin filem Borneo, pelakon dan pengarah Nam Ron yakin produk terbitan Sabah dan Sarawak mampu pergi jauh andai mendapat peluang serta sokongan penuh kerajaan.
Melihat hasil serta kesungguhan syarikat penerbitan tempatan merealisasikan sesebuah naskhah ditambah penyertaan ramai pelapis berbakat, menunjukkan potensi arena perfileman kedua-dua negeri itu untuk berkembang.
Pernah membimbing pelakon dan bakat baharu di Negeri Di Bawah Bayu menerusi sesi ‘masterclass’, pemilik nama lengkap Sahili Abdan itu berkata, semangat disusuli karya pelbagai genre untuk ditayangkan di pawagam lokal bukti mereka serius untuk ‘berkepak’.

NAM RON yakin dengan potensi pembikin filem Sabah dalam memeriahkan industri perfileman negara.
Bantu karyawan Sabah
“Dari segi fasiliti dan dana mungkin mereka jauh ketinggalan berbanding penggiat filem dan drama di Semenanjung, namun karyawan di sana mempunyai banyak idea serta garapan naskhah menarik. Tewas fasiliti, karya Sahah
Pawagam lokal membantu memperkasakan filem terbitan produksi setempat tetapi sejujurnya bantuan dana dapat memantapkan lagi karya tersebut selain membuka ruang untuk pasaran yang lebih besar.
“Kolaborasi dengan pembikin filem dari Semenanjung sahaja tidak cukup, beri mereka sokongan dari segi suntikan dana selain buka prospek pasaran,” katanya ketika mempromosikan filem Mantera.
Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem ke-29 (FFM29) itu bersama aktor Syafie Naswip membintangi naskhah genre thriller arahan Chester Pang, juga pengkarya dari Sabah.
Akui Nam Ron, peluang bekerja di Tambunan dengan hampir seluruh kru serta pelakon lokal lebih membuka matanya mengenai senario perfileman di sana.
Mantera kisah benar
Bahkan pengalaman itu dirasakan cukup ‘mahal’ apatah lagi berpeluang membintangi kisah berkait rapat dengan amalan kuno bomoh atau ‘Bobolian’.
Saya dan Syafie membawakan watak dua anggota polis dari Semenanjung yang ditugaskan menyiasat kes di sebuah kampung. Ada banyak babak ritual membabitkan tradisi lama kaum Dusun di Sabah.
“Alur ceritanya sangat menarik. Pelbagai pengisian dapat saya kutip sepanjang beberapa hari penggambaran. Adegan saya tak banyak tapi ilmu dan pengalaman saya raih sepanjang tempoh ini sangat berharga,” katanya.
Selain Syafie, Mantera yang akan berada di pawagam pada 24 April ini turut membariskan pelakon kelahiran Sabah seperti Jovenia Jim, Wedylin Batala dan Larry Noh. – HIBGLAM