Ribut Shila Amzah, ND Lala akhirnya reda

PENYANYI Shila Amzah mencuri perhatian ramai apabila akhirnya bertemu dengan bapa tersayang iaitu Datin ND Lala selepas kemelut keluarga sekitar dua tahun lalu.

Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 35, berkongsi momen manis tersebut namun tidak menyatakab secara terperinci mengenai pertemuan tersebut.

“Tok abah dan Rhea Akira.

“Bila abah abah bersatu,” tulisnya ringkas

Dalam beberapa perkongsian berbeza, pelantun lagu Patah Seribu itu memuat naik foto berdua bersama bapanya yang juga penyanyi popualar era tahun 1980-an.

Shila juga turut berkongsi foto dan video bapanya berbual dengan cucu, Seth Uwais dan Rhea.

Namun, kelibat ibu tirinya yang dinikahi ND Lala sekitar 2023 iaitu Siti Munirah tidak kelihatan dalam foto-foto tersebut.

Sementara itu, netizen turut tumpang gembira melihat hubungan Shila dan ND Lala kembali berbaik.

“Selepas dah berbaik dengan ibu, kini giliran ND Lala pula. Alhamdulillah Shila.

“Seronok tengok mereka berbaik, jangan gaduh-gaduh lagi.

“Peranan Ubai sebagai suami harus dipuji. Bagus Shila buang yang keruh ambil yang jernih,” komen netizen.

Baru-baru ini, Shila memberitahu akan bertemu dengan bapanya minggu lalu sekali gus menjelaskan hubungan mereka sudah kembali terjalin mesra.

Terdahulu, kontroversi melibatkan Shila dan keluarganya mengejutkan industri hiburan sekitar 2023 apabila tular dakwaan mengatakan ND Lala atau nama sebenarnya Datuk Amir Amzah Salleh, 63, sudah berkahwin dengan wanita muda yang juga sahabat lama anaknya.

ND Lala mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada  1989 namun sah bercerai pada 2 Ogos 2023 menerusi rakaman suara di WhatsApp.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan itu dikurnikaan empat cahaya mata iaitu, Nurshahila, 35, Amir Syafiq, 32, Amir Syahir, 30  dan Nur Syuhada, 26. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok