Inara Rusli maafkan Virgoun, ajak berbuka puasa

TIDAK berdendam, pempengaruh media sosial Inara Rusli merancang untuk berbuka puasa bersama bekas suaminya iaitu penyanyi Virgoun atas permintaan anak-anak.

Inara, 32, bagaimanapun belum menetapkan tarikh bertemu pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla bagi menyuarakan hasratnya.

Menjelang Ramadan kami sudah bermaaf-maafan jadi insya-Allah kami merancang untuk berbuka puasa bersama anak-anak,” katanya.

Inara juga meluahkan rasa gembira menyambut Ramadan pada tahun ini biarpun jadual kerjanya padat selain menyifatkan sebagai satu memori indah dalam hidupnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok