Syafiq Kyle off market, Nadhir Nasar ‘ambil alih’ peminat

SELEPAS Syafiq Kyle sah menjadi milik Mimi Lana minggu lalu, ramai wanita berduka sehingga mengiktiraf hari tersebut sebagai hari patah hati sedunia.

Dalam ruangan komen pula ramai yang enggan mengucapkan tahniah pada Syafiq kerana terlalu kecewa.

Paling lucu, Diva ada nampak satu komen peminat yang kini mahu beralih arah kepada aktor lain iaitu Nadhir Nasar atau Zul Ariffin.

Kata mereka, Nadhir dan Zul ada harapan mereka ketika ini.

“Tak mengapa semua, Nadhir dan Zul masih ada.

“Memang sakit, pedih tengok Syafiq kahwin, tapi nasib baik Nadhir masih solo,” komen netizen.

Macam-macam perangai Diva tengok tetapi ada juga yang menolak untuk minat adik Syafiq iaitu Syazwan Razak kerana tiada lesung pipit. Lucu betul.

Apa pun, selamat pengantin baharu buat Mimi dan Syafiq!

DIVA: Persoalan tiada kelibat dan ucapan Fazura pada hari perkahwinan Mimi masih belum terjawab.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok