Lakonan Nadhir Nasar ‘cringe’?

SEIRING fenomena filem Chelot, nama pelakon Nadhir Nasar turut ligat menjadi bualan netizen.

Namun kali ini bukan pujian peminat, sebaliknya mutu lakonan pelakon itu dipersoalkan selepas segelintir penonton mendakwa persembahannya kelihatan terlalu dibuat-buat sehingga mengundang rasa menyampah.

Diva perhatikan, ramai pengguna media sosial menggunakan perkataan ‘cringe’ ketika mengulas lakonan Nadhir, malah ada menyifatkan gaya lakonannya seolah-olah terlalu ‘method’ hingga kelihatan memaksa.

“Kenapa lakonan Nadhir dalam Chelot macam sedikit menjengkelkan? Dia berlakon memang tak pernah tak ‘cringe’. Tengok Rumah Tanpa Luka pun sama, nampak macam membaca skrip. Magik Rompak pun begitu,” tulis netizen.

TANGKAP layar antara komen segelintir netizen yang mempertikai mutu lakonan Nadhir Nasar.

Diva terkedu membaca kritikan sebegitu, namun selepas diteliti, ada juga perkara boleh dijadikan teguran membina.

Tidak semua komen datang daripada rasa benci, ada kalanya netizen nampak sesuatu perlu diperbaiki sebelum pelakon itu benar-benar menemui identiti lakonannya.

Jadi Nadhir jangan cepat melatah. Ambil mana boleh dijadikan cermin, buang mana sekadar mahu menjatuhkan.

DIVA: Setuju dengan teguran Nam Ron, kalau pengalaman masih cetek janganlah berangan mahu meletakkan syarat macam sudah 20 tahun berkuasa dalam industri!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok