BIDUANITA negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila menyanyikan lagu Bukan Lagi Kita dendangan asal Nadeera Zaini.
Menerusi video yang dikongsikan Nadeera dalam Instagram, dia meminta agar penyanyi nombor satu negara itu menyanyikan lagunya yang akan dipertandingkan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).
Turut kelihatan dalam video tersebut pencipta lagu Bukan Lagi Kita iaitu Hael Husaini.
Kakak cuba ya. Tergamak suruh Kak Iti nyanyi ya,” kata Siti.
Pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu juga sempat mengucapkan selamat berjaya kepada Nadeera yang akan bertanding di AJL pada 16 Februari depan.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terpegun dengan kemerduan suara Siti mengalunkan lagu Nadeera.
Sedap sangat versi Tokti. Tergamak Tokti menyanyi sikit sangat. Nak versi penuh atau duet,” komen netizen.
Lagu Bukan Lagi Kita semakin digilai ramai selepas menjadi lagu tema drama fenomena, Curang Tanpa Niat lakonan Shukri Yahya dan Mira Filzah yang kini hangat ditayangkan di saluran Astro Ria.- HIBGLAM