Raline Shah kini pegawai khas kerajaan

MERAIH kepercayaan pimpinan kanan kerajaan, pelakon Raline Shah dilantik sebagai pegawai khas dalam Kementerian Komunikasi dan Digital (Komdigi).

Bintang Polis Evo 2 berusia 40 tahun itu berharap penglibatannya dalam pentadbiran kerajaan dapat membawa nama Indonesia ke peringkat global.

Agenda pertama 2025, dilantik sebagai sebahagian daripada Perhimpunan Hubungan Masyarakat Indonesia sebagai Majlis Pakar dan mewakili Komdigi.

“Terima kasih semua atas kepercayaan dan bimbingan.

“Semoga penglibatan saya dapat menyokong reputasi global Indonesia ke peringkat lebih tinggi,” katanya dalam Instagram.

Pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu kini bertugas mempromosikan pendidikan digital secara meluas dalam kalangan generasi muda. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok