Nasib baik simpan barang kemas dalam tong sampah – Kak Wa

Pempengaruh merangkap usahawan, Kak Wa atau nama sebenarnya, Wahida Ismail baru-baru ini berkongsi kisah tragedi yang berlaku kira-kira setahun lalu ketika rumahnya dipecah masuk penyamun.

Malang tidak berbau, kejadian itu berlaku selepas dia pulang dari mengerjakan umrah. 

Kenangnya,  ketika kejadian pecah masuk itu, dia mengetahui hal tersebut selepas mendapati suspek yang ditahan mempunyai beg tangan jenama Louis Vuitton (LV) miliknya. 

Menurutnya, suspek yang ditahan itu terlibat dalam beberapa kes pecah masuk yang terkenal, termasuk kes yang melibatkan usahawan Kieda Crepe dan juga Kak KM.

Ketika saya tahu suspek itu ditahan dan memakai beg LV saya, saya terkejut. Saya tahu saya bukan satu-satunya mangsa, tetapi kejadian ini sangat memberi kesan pada saya. Saya tak sangka rumah saya akan jadi sasaran pecah masuk juga,” ujar Kak Wa kepada HibGlam pada majlis Gala Dinner ‘Glowing Beauty’ di ibu kota baru-baru ini 

Walau bagaimanapun, Kak Wa mengakui bahawa dia bernasib baik kerana barangan berharga seperti barang kemas yang bernilai lebih RM1 juta masih selamat. 

Penyanyi Alyah turut menghiburkan tetamu pada Gala Dinner ‘Glowing Beauty’ di ibu kota baru-baru ini.

Yang lebih mengejutkan adalah taktiknya menyimpan barangan kemas tersebut yang ternyata menyelamatkan nasibnya.

“Saya memang selalu menyimpan barang kemas saya dengan cara yang sedikit luar biasa. Saya tak simpan dalam laci atau peti, sebab saya tak rasa tempat itu selamat. 

Sebelum berangkat ke umrah, saya menyembunyikan barang kemas saya dalam tong sampah di bilik. 

“Saya tahu itu bukan tempat biasa orang akan cari, jadi saya tak ragu untuk letakkan di situ,” jelas Kak Wa.

Sejak kejadian tersebut, Kak Wa lebih berhati-hati dengan keselamatan rumahnya dan mula mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan seperti tidak berkongsi kehidupan harian dalam media sosial. 

Pengasas jenama produk kecantikan Glowing Beauty itu juga berpesan kepada orang ramai agar lebih waspada dan sentiasa mengutamakan keselamatan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai aset atau barangan berharga di rumah.

Pada malam Gala Dinner ‘Glowing Beauty’ juga,  Kak Wa dan suami juga memperkenalkan memperkenalkan produk terbaharu yang diberi nama Glow Skin. – HIBGLAM

Dibuat dengan bahan tumbuhan semula jadi dan diformulasi oleh pakar dermatologi berpengalaman lebih 30 tahun, Glow Skin menawarkan 8 item penjagaan kulit yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok